5 mins read

TPM , HUAWEI Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad jalin usahasama perkasa perniagaan menerusi platform ‘e-Perkhidmatan MRANTI’

January 11, 2022
Berita RTM
5 mins read

KUALA LUMPUR ,11 Januari - Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) , HUAWEI Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad jalin usahasama memperkasakan perniagaan dengan platform ‘e-Perkhidmatan MRANTI’.

Ini bagi mewujudkan lebih banyak bakat berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan meningkatkan keupayaan penawaran kerja untuk mempercepatkan proses pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan dan inovasi berteraskan teknologi negara.

Menurut Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba, usaha itu bertujuan meningkatkan inovasi tempatan serta mempercepatkan penggunaan dan pembangunan teknologi, bagi membantu negara menyelesaikan cabaran masa kini, seperti yang digariskan dalam Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 Negara (Dasar IR 4.0 Negara.

"Melalui kerjasama ini, iaitu permeteraian kerjasama persefahaman antara TPM, Huawei, Telekom, kita akan mewujujudkan satu platform kepakaran. Ketiga-tiga rakan strategik dan disinergikan bagi mewujudkan persekitaran yang dinamik. Dimana perkhidmatan pengkomersilan, kepakaran teknologi dan tapak ujian disediakan bagi menyokong daya saing perkembangan portfolio, syarikat-syarikat teknologi tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa", katanya kepada media selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) Platform e-Perkhidmatan MRANTI.

MOSTI yakin dengan adanya persefahaman dan kerjasama antara TPM, Huawei dan Telekom Malaysia Berhad, ia dapat menghasilkan impak serta membantu negara untuk lebih berdaya saing dalam inovasi teknologi tinggi di rantau ini.

Kerjasama strategik selama 3 tahun ini adalah selaras dengan hasrat MOSTI untuk membangunkan rangka kerja penyelesaian digital dalam memajukan inovasi serta mempromosi hasil penyelidikan dan Harta Intelek.

Up Next