5 mins read

Taman MRANTI: Hab global dan pemangkin Greater KL

October 7, 2022
harakahdaily.net
5 mins read

SETINGGI-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Induk Taman MRANTI.

MOSTI telah membangunkan Pelan Induk Taman MRANTI untuk lima tahun yang akan datang yang memberi tumpuan kepada tiga teras pembangunan iaitu Inovasi, Kemampanan Alam Sekitar dan Budaya Urban (atau Setempat).

Terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Malaysia, sebuah hab perniagaan global dan pemangkin transformasi Greater KL, Taman MRANTI berperanan menyelaras keluaran R&D ke pasaran menerusi ekosistem bersepadu yang memusatkan semua aktiviti teknologi dan inovasi secara setempat.

Pelan Induk baharu Taman MRANTI, akan memupuk keupayaan Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0 dan juga teknologi terkini daripada sistem Internet Pelbagai Benda (IoT), perkhidmatan Protokol Internet (IP) dan makmal kepada kemudahan pembuatan kontrak dengan teknologi canggih.

Taman MRANTI juga direka untuk menarik golongan profesional muda, serta mewujudkan laluan yang stabil bagi bakat berkemahiran tinggi, selain dijangka dapat mencipta lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu, dan ini adalah berita baik untuk Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri pada majlis sama turut melancarkan penjenamaan semula MIMOS Berhad kepada MIMOS Global.

YB DATO’ SRI DR. ADHAM BABA
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi – HARAKAHDAILY 7/10/2022

Up Next