5 mins read

SUKE TV Memulakan Siaran Di Rangkaian myFreeview Saluran 116

April 6, 2022
Siakap Keli
5 mins read

Kuala Lumpur, 30 Mac 2022 – Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV, telah mula penyiaran  secara langsung untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia mulai minggu ini.

Rangkaian yang diasaskan oleh ikon hiburan Dato’ AC Mizal akan menyiarkan program beli belah tempatan yang menampilkan selebriti, pempengaruh dan usahawan tempatan di mana  penonton boleh membeli-belah secara langsung sambil menonton TV, 24 jam sehari di  myFreeview, rangkaian penyiaran digital tanpa langganan untuk TV yang pertama di Malaysia.

Antara program yang disiarkan adalah SUKECeleb, program perdana SUKE TV yang  menampilkan selebriti menjual produk mereka kepada penonton; serta SUKEHati, program beli-belah dari rumah yang melibatkan peniaga tempatan memasarkan produk mereka.  Melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, SUKE TV berhasrat memerkasa pangkalan pelanggan untuk  PKS tempatan di seluruh negara melalui saluran TV percuma, sambil mencipta aliran  pendapatan baharu untuk penghibur tempatan yang terjejas oleh pandemik. SUKE TV juga  menyediakan sebuah platform baru untuk peminat berinteraksi dengan selebriti pujaan  mereka.

Ramai artis tempatan telah pun menyertai SUKE TV baru-baru ini bagi menyokong misi dan  visi rangkaian tersebut untuk memasarkan produk -produk tempatan. Antara bakat tersebut  termasuk Diana Danielle, Didi Alias, Salina Saibi, Dynas Mokhtar, Thanuja, Achey dan ramai lagi.

Dengan infrastruktur yang luas, kepakaran dan perkongsian industri yang akan datang, SUKE  TV menyasarkan pembangunan dan penyampaian kandungan asli dalam semua genre untuk  penonton TV dan medium digital semasa Malaysia dalam masa nyata.

Sejak tahun lalu, SUKE TV telah menjayakan pelbagai perkongsian, terutamanya perjanjian  pembiayaan dengan Malaysian Debt Ventures (MDV), anak syarikat milik penuh Kementerian  Kewangan (MOF); dan baru-baru ini, SUKE TV juga telah menjalinkan kerjasama dengan  MRANTI Nexus, sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak di bawah kumpulan  syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Sempena siaran perdana tersebut, SUKE TV telah menganjurkan sebuah pertandingan di  mana penonton berpeluang memenangi hadiah mingguan dan bulanan. Untuk menyertai,  penonton perlu mengumpul empat set nombor misteri yang akan dipaparkan sepanjang  minggu dari hari Isnin hingga Jumaat, atau dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu  resit daripada SUKE Shop, dan menghantarkan melalui mesej Whatsapp ke nombor 03- 92262253 sebelum setiap hari Sabtu jam 12 tengahari. Hadiah untuk dimenangi termasuk  motosikal (bulanan), telefon bimbit (mingguan) dan pelbagai hadiah misteri.

SUKETV kini boleh ditonton secara percuma di saluran MYTV 116.

Up Next