5 mins read

SPICE: Belajar cara komersialkan idea di Tegas Digital Village

November 30, 2022
Tvs
5 mins read

KUCHING, 29 Nov: Individu yang berminat untuk mengenal pasti cara untuk mengkomersialkan idea mereka akan mendapat manfaat menerusi program Inovasi Produk Sarawak & Penglibatan Pengkomersialan (SPICE)

Program anjuran bersama Tegas Digital Village, Rumpun Silat Sarawak (RSS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal diadakan dari 2 hingga 3 Disember ini di TEGAS Digital Village, di sini.

Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan dan menyemai kepakaran pengkomersialan bagi mempercepatkan pembangunan penemuan teknikal daripada konsep kepada impak.

Orang awam berpeluang untuk belajar secara langsung daripada para penyelidik, inovator dan usahawan teknologi, khususnya daripada industri seni dan budaya, pertanian, perhutanan dan  perkara internet (IoT) teknologi Dron.

Antara program yang telah dijadualkan dalam agenda termasuk ‘Silat-trument Technology in New Generation (STING)’ oleh RSS, ‘Commercialisation Talk: Concept to Commercialisation Pathway’ oleh Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan ‘IR 4.0: Emerging Technologies and the applications’ oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC).

Selain itu, sesi-sesi lain terdiri daripada wakil-wakil daripada Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) Sarawak, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (UNIMAS), D-Virtual Park, Agrobank, Sarawak Research and Development Council (SRDC), Jabatan Pertanian Sarawak dan Dronekaki DJI.

Up Next