5 mins read

Projek Air Graviti Bersih Berteknologi Hijau manfaatkan ratusan penduduk: Abidin

January 16, 2024
Borneo Daily Bulletin
5 mins read

RANAU: Ratusan penduduk di sini dapat menarik nafas lega selepas Projek Air Graviti Bersih Berteknologi Hijau, yang memberi jaminan kepada bekalan air yang bersih dan mampan telah sempurna dilaksanakan di sini baru-baru ini.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata sistem bekalan air graviti ini akan memberi manfaat kepada lebih 300 penduduk Kg Kepangian.


Menurutnya, sistem rawatan air ini adalah sistem yang berinovasi tinggi dan boleh membekal air yang berkualiti tinggi dengan kapasiti sebanyak 15 ribu liter sehari.


Sehubungan dengan kejayaan ini, beliau berharap bahawa akan ada lagi projek seperti ini dibuat di kampung-kampung lain dalam kawasan Paginatan.


“Terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia (KKDW) kerana memberi peruntukan kepada Projek Bekalan Air Bersih Berteknologi Hijau di Kg Kepangian.


“Terima kasih juga kepada pihak pelaksana iaitu, Pejabat Daerah Ranau dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga pihak Konsultant, khusus untuk Ir Joe Primus Kayau (Konsultant) kerana innovasi yang terbaik untuk sistem bekalan air graviti dan difahamkan innovasi sudah di patented.


“Syabas dan tahniah kepada AJK Penyelenggaraan yang sudah dibentuk dan diharap penduduk kampung dapat memberikan kerjasama dan sokongan kepada Jawatankuasa ini untuk kebaikan Bersama,” katanya.


Tambah Abidin lagi, sekurang-kurangnya sistem berinovasi tinggi ini telah mengurangkan bebanan Wakil Rakyat untuk menyelenggara sistem air graviti secara konvensional, dan sudah tentunya peruntukan bagi maksud tersebut bolehlah disalurkan ke kampung yang lain dengan tujuan pembangunan lain.


Majlis Perasmian Projek Air Graviti Bersih Berteknologi Hijau di Kg Kepangian telah dilancarkan oleh Abidin yang juga merupakan ADUN Paginatan, di Dewan Kg Kepangian baru-baru ini.


Dalam majlis itu, Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas projek yang pertama kalinya dilaksanakan di Ranau.


“Terima kasih atas sokongan YB Datuk Abidin kerana sentiasa komited untuk melaksanakan program bagi kemajuan penduduk kampung. Terima kasih juga atas kerjasama penduduk kampung dalam menyiapkan projek tersebut,” katanya.


Prof Dr Gaim James Lunkapis daripada UMS berkata, sebagai partner dalam pelaksanaan projek tersebut beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak konsultant dengan Kerjasama Pejabat Daerah dan penduduk kampung atas usaha melaksanakan projek tersebut bagi keperluan asasi penduduk kampung khususnya di Kg Kepangian.


“Tahniah juga kpd penduduk kg kerana berjaya membentuk AJK Penyelenggaraan bekalan air graviti berteknologi hijau tersebut.


“Sebagai latar belakang Projek ini, kita telah menyahut cabaran daripada MOSTI untuk mencari masalah bekalan air di kampung-kampung dan juga mencari cara penyelasaiannya.


“UMS juga telah berjaya mencari rakan kongsi yang sudah mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan air gravity,” katanya.


Dari segi penyelenggaraan, Dr Gaim berkata, AJK Penyelenggaraan mesti membuat jadual Penyelenggaraan mengikut kaedah 222.


“Kalau boleh, daftarkan AJK untuk membolehkan badan tersebut membuka akaun bank supaya memudahkan dana kerajaan dapat salurkan bagi tujuan penyelenggaraan system ini,” katanya.


Innovator dan Konsultant projek tersebut, Ir Joe Primus Kayau menasihatkan penduduk di sini agar jangan bazirkan air kerana air graviti tersebut adalah air terawat.


Turut hadir ADO Marcelus, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO, Jipili Sigal, lain-lain pemimpin kampung dan para penduduk di sekitar Kawasan ini.