KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Pelan Induk baharu Taman MRANTI bakal memupuk keupayaan Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0 .
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Taman MRANTI dilengkapi insfrastruktur teknologi terkini.
Pembangunan Taman MRANTI juga dijangka dapat mencipta lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu.
"Taman MRANTI ini dilengkapi dengan infrastruktur moden, termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi dan teknologi 5g; serta insentif dan peluang pembiayaan, juga direka untuk menarik golongan profesional muda, serta mewujudkan laluan yang stabil bagi bakat berkemahiran tinggi.
"Ia dijangka dapat mencipta lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu, dan ini adalah berita baik untuk seluruh Keluarga Malaysia,"katanya.
Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Taman MRANTI dan penjenamaan semula Mimos Berhad di ibu negara.