5 mins read

PandaiBola kenal pasti bakat baharu

March 29, 2022
Harian Metro
5 mins read

Kuala Lumpur: Usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak di seluruh negara dapat dikesan selepas ini, apabila syarikat MyEdusoccer tampil memperkenalkan aplikasi PandaiBola yang mampu digunakan bagi mengenal pasti bakat baharu dalam sukan itu.

Ketua Pengarah Eksekutif My EduSoccer, Muhamad Yazid Yahaya berkata, aplikasi itu dibangunkan berpandukan program fizikal, latihan secara maya dan sistem rubrik yang mereka hasilkan.

"Aplikasi ini akan membantu menganalisa perkembangan pemain berdasarkan maklumat yang dikumpulkan. Pada masa sama, PandaiBola juga berupaya menjadi platform untuk mengasah bakat para pemain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik PandaiBola di Auditorium Resource Centre, Mranti Technology Park di sini baru-baru ini.

Aplikasi PandaiBola dibangunkan oleh anak tempatan di mana peringkat awal pembangunan itu berfungsi menerusi pengumpulan data berbentuk video dan gambar yang kemudiannya akan dianalisa oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada para jurulatih yang memegang lesen B Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi sistem rubrik oleh The Sekolah Bola.

Aplikasi itu juga bertindak sebagai satu platform yang bukan sahaja mampu melatih para pemain secara lebih sistematik malahan memberi kemudahan ibu bapa untuk mengenal pasti prestasi pemain selain dapat mencungkil bakat pemain di peringkat awal.

Malah, syarikat itu kini banyak membuat kolaborasi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia, Terengganu FC dan lain-lain pasukan.

Yazid lagi, modul yang dibangunkan memerlukan peserta melakukan tugasan tertentu, yang mana analisa akan dijalankan oleh para pakar kami menggunakan sistem Rubrik.

"Modul yang kita bangunkan memerlukan peserta melakukan tugasan tertentu, yang mana analisa akan dijalankan oleh para pakar kami menggunakan sistem Rubrik," kata Yazid.

Sementara itu, MyEdusoccer berjaya mendapat geran daripada Teraju Agenda Bumiputera (Teraju) milik kerajaan bagi membangunkan aplikasi untuk latihan bola sepak.

Disiarkan pada: Mac 29, 2022 @ 6:46pm

Up Next