MALAYSIA memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba berkata langkah mewujudkan bandar pintar adalah satu daripada pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang cekap melalui pengaplikasian teknologi.