KUALA LUMPUR 24 Mac - Insect Feed Technologies akan mengembangkan pengeluaran melalui pembukaan kilang baharu di Johor Bahru pada Mei 2023.
Kilang baharu seluas 20,000 kaki persegi dengan kapasiti memproses 20 tan sisa makanan setiap hari, akan diperluaskan kepada 40,000 kaki persegi menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sean Tan berkata, pihaknya bersedia untuk menterjemah butiran dan bahan ramuan ke dalam bahasa tempatan untuk menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelanggan.
"Kami meneroka cara menggunakan teknologi untuk memelihara dan membiak lalat askar hitam untuk menyumbang kepada ekosistem makanan yang mampan.
"Kami juga ingin menangani isu sisa makanan. Oleh itu, kami menggunakan semula sisa makanan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan sebagai makanan untuk larva lalat askar hitam.
"Melalui teknologi rawatan proprietari syarikat kami, pasukan kami menggunakan larva lalat askar hitam ini sebagai alternatif yang mampan dan lebih sihat untuk makanan haiwan, dan menggantikan baja kimia untuk tumbuhan," katanya dalam kenyataan.
Menurut Sean, larva lalat askar hitam berfungsi sebagai alternatif baharu kepada serbuk ikan, minyak sayuran, dan baja kimia yang masing-masing digunakan dalam [penternakan ikan, makanan haiwan dan penternakan.
Malah katanya, ia menggantikan sumber yang tidak mampan dan bukan organik dalam ekosistem makanan, dan bertindak sebagai sumber bertenaga tinggi.
"Kami diperakui oleh Agensi Makanan Singapura untuk memenuhi piawaian kebersihan dan kebolehkesanan yang paling ketat, dengan lesen untuk mengilang baja organik.
"Selain itu, ia disahkan oleh Lembaga Taman Negara Singapura dan Perkhidmatan Veterinar Haiwan un mengeksport larva ke Kesatuan Eropah (EU), Australia dan Malaysia," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dalam perbincangan untuk mengeksport larva kering ke Kanada Amerika Syarikat, EU dan Australia.
"Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) juga telah menyediakan Inse Feed Technologies dengan penyelidikan dan analisis pasaran untuk industri pengeluaran protein serangga katanya. - DagangNews.com