Bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030, kerajaan telah mewujudkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR) dan pelan tindakan MyDIGITAL.
Menerusi 4IR, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan ekosistem dalam ekonomi negara yang akan diterajui sains, teknologi dan inovasi.
Dengan itu, sebuah acara pameran teknologi dan inovasi iaitu iNNOVATE Tech Show 2022 akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2022 bertempat di Matrade Exhibition and Convention Center (MECC). Ia merupakan platform bagi syarikat di Asia untuk menerokai inovasi terbaru bagi menguatkan perniagaan ke arah teknologi pendigitalan.
Pameran ini adalah satu-satunya jaringan rangkaian perdagangan (business to business) B2B di mana syarikat peneraju transformasi digital dan teknologi automasi dari serantau Asia Tenggara mempamerkan apa yang diperlukan dalam inovasi hari ini dan masa depan.
Dengan tema ‘Inovasi dan Teknologi untuk Masa Depan yang Lebih Baik’, pengunjung akan didedahkan dengan pelbagai inovasi terkini. Antaranya produk dan perkhidmatan digital daripada industri automasi , perkhidmatan penyelesaian awan dan industri dron yang digunakan untuk pengawasan, pertanian, logistik dan keselamatan.
Pameran lain termasuklah mereka dari bidang kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT) dan penyelesaian robotik yang akan memberi inspirasi dan membantu memacu perniagaan ke masa hadapan.”
Salah satu acara kemuncak di iNNOVATE Tech Show 2022 adalah berlangsungnya siri ketiga Global Drone Conference & Exhibition yang akan dihadiri pakar-pakar drone serantau Asia daripada pelbagai sektor perniagaan seperti pertanian, pembinaan, telekomunikasi, tenaga, pengawasan keselamatan dan banyak lagi.
Dron yang sedang meningkat naik ini dilihat sebagai alat yang perlu diterokai dan dikormesialkan kerana ia adalah sebuah teknologi yang mempunyai potensi besar dalam kemajuan ekonomi Malaysia. Malah alat ini juga mampu menarik minat golongan muda untuk mereka memanfaatkannya dalam pembelajaran mahupun pekerjaan.
MRANTI akan mempamerkan inovasi Teknologi Dron Malaysia di Global Drone Conference & Exhibition 2022 yang ketiga dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dunia dalam kesediaan pengawalseliaan dron, penerimaan pasaran dan ketersediaan bakat teknologi.
Syarikat dron seperti Meraque, Malvus Sense, VStream Revolution, Aonic, Avion Drone, AirAsia Drones, Aeronerve, dan Looka turut hadir mempamerkan teknologi dan penyelesaian dron mereka dan pengurusan trafik sistem pesawat tanpa pemandu (UTM) di Zon Dron.
Lapangkan masa anda dan saksikan sendiri inovasi dan teknologi masa depan selama 3 hari 10.00 pagi- 6.00 petang di acara ini. Dapatkan pas percuma anda hari ini di https://bestevents-asia.com/innovate-registration-form/ .
Bagi syarikat yang berminat untuk terlibat dengan pameran, dapatkan informasi lanjut di https://bestevents-asia.com/innovate-exhibitor-registration/. - Getaran, 2 Oktober 2022