5 mins read

Hampir 4,000 syarikat pemula daftar Program Mystartup

October 14, 2022
berita.rtm.gov.my
5 mins read

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- 3,567 Syarikat pemula berdaftar menerusi Platform Mystartup sejak dilancar, tahun lalu, daripada jumlah itu, sejumlah 2,446 syarikat telah mendapat manfaat seperti digariskan menerusi Pelan Hala Tuju Ekosistem Syarikat Pemula Malaysia (SUPER) 2021-2030.

Platform dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI itu berfungsi menyelaras inisiatif ditawarkan kerajaan serta pihak swasta kepada usahawan menerusi senarai yang komprehensif.


(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba)

Jelas menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba, MOSTI komited membangunkan ekosistem syarikat pemula negara menjadi salah satu daripada 20 ekosistem terbaik global.

"Daripada 3567 syarikat yang berdaftar, 2446 syarikat telah kita bangunkan. Semua intervensi ini boleh membantu startup dengan ekosistem yang ada dan kita yakin menerusi RMK-12 mampu melahirkan beberapa lagi unicorn dalam kategori startup ini," katanya dalam Majlis MRANTI Global Accelator Programme (GAP) Demo Day 2022 di Ibu Negara.

Program memasuki Kohort ke-6 itu disertai 38 syarikat pemula yang menjalani latihan selama tiga bulan bagi mempercepat pertumbuhan syarikat dari segi pengkomersialan dan kesediaan untuk menjana pelaburan.

MRANTI GAP, menfokuskan empat industri seperti Perubatan, Penjagaan Kesihatan, Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan serta, Teknologi Dron, Air dan Makanan.

Up Next