5 mins read

Hab Teknologi Kesihatan NTIS penjagaan kesihatan masa depan

September 2, 2022
berita.rtm.gov.my
5 mins read
(Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mencuba Teknologi Kesihatan NTIS)

KUALA LUMPUR, 2 September- Lima buah hospital yang dikenal pasti untuk dijadikan sebagai Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS).

Perkara itu diumumkan oleh kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mengumumkan.

Tiga lokasi hospital di bandar iaitu Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara dan Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-kanak) dan dua lagi lokasi di luar bandar iaitu Hospital Bera di Pahang dan Hospital Rembau dipilih sebagai lokasi pengujian teknologi seperti robot, internet kebendaan perubatan serta kemudahan 4G dan 5G.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata "hab ini bertunjangkan 'Internet of Medical Things' (IoMT), menjadikan peralatan dan aplikasi perubatan membentuk satu ekosistem yang saling berkait menerusi rangkaian komputer dalam talian."

Tambahnya, "ia dilihat berupaya mempertingkatkan pengurusan ubat, diagnosis dan rawatan serta pemantauan penyakit kronik dari jarak jauh."

(Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika
pelancaran Hab Kesihatan Teknologi Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS)

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, "pihak MOSTI komited dalam membangunkan beberapa teknologi inovatif yang dapat mengukuhkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara."

Kelima-lima lokasi tersebut akan menjadi pusat sehenti bagi sektor kesihatan untuk mencungkil potensi bagi menghadapi cabaran dalam sektor kesihatan serta menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk negara dengan penggunaan teknologi dan inovasi.

Melalui kerjasama MOSTI dan KKM, negara bakal mengecapi peningkatan tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk semua.

Inovasi yang bakal dibangunkan dan diuji di Hab Teknologi Kesihatan NTIS berpotensi untuk diaplikasikan di hospital-hospital seluruh negara, seterusnya menawarkan pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih baik buat rakyat Malaysia

Kedua-dua menteri turut merasai sendiri pengalaman penjagaan kesihatan masa hadapan dengan pemerkasaan inovasi dan teknologi melalui pengalaman realiti maya pada majlis pelancaran Hab Kesihatan Teknologi Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) itu.

Up Next