5 mins read

Bajet 2023: Tumpuan kepada Sains, Teknologi dan Inovasi

October 7, 2022
berita.rtm.gov.my
5 mins read

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bakal menerima peruntukan sebanyak RM364 juta dan diterajui dua kementerian utama iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi, Inovasi.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata RM50 juta turut disediakan untuk melaksana pembangunan dan pengkomersialan nanoteknologi bawah NanoMalaysia Berhad dengan peruntukan RM16 juta selain memacu inovasi perniagaan melalui Skim insentif penyelidikan bagi perusahaan dengan peruntukan RM5 juta.

"Ketiga, menyediakan Dana Modal Teroka bagi membiayai melalui suntikan ekuiti dalam syarikat berteknologi tinggi sektor E&E dan tenaga boleh diperbaharui dengan ketersediaan dana RM10 juta dan keempat, menjayakan Malaysia Techlympics 2023 bagi menyokong idea inovasi dengan peruntukan RM7 juta,"katanya.

Selain itu, katanya bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi berjaya di peringkat antarabangsa, Cradle Fund sebagai agensi penyelaras ekosistem startup Malaysia akan disediakan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Terbaharu, Taman Teknologi MRANTI yang kini dalam proses transformasi untuk menjadi hab inovasi bertaraf dunia dengan kluster seperti teknologi bakal diberi peruntukan awal RM18 juta.


(Foto Hiasan)

Up Next