5 mins read

15 Startup Terpilih MRANTI Global Accelerator Programme (GAP): Thematic Edition Diumumkan

October 14, 2022
Amanz.My
5 mins read

Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) telah menganjurkan program Global Accelerator Programme (GAP) Demo Day : Thematic Edition Demo Day yang mengetengahkan beberapa pendekatan inovatif kepada pelbagai permasalahan kompleks.

Program tahun ini telah disertai oleh 38 syarikat startup daripada beberapa negara termasuklah Malaysia, Singapura, Rusia dan United Kingdom. Melaluinya, kesemua peserta perlu menjalani latihan selama tiga bulan bagi mempelajari pelbagai perkara dan berkongsi idea baharu dalam membentuk kerjasama yang baik di antara satu sama lain.

Dalam pada itu, , sebanyak dua fasa telah disediakan iaitu fasa pengkomersialan bagi membantu syarikat meningkatkan tahap ketersediaan terhadap pelaburan dan mengatasi cabaran awal dalam perniagaan Kemudian, fasa projek rintis dan pembiayaan pula membolehkan syarikat mengaplikasikan Pitching Skill serta pembiayaan bagi mempelbagaikan portfolio dalam usaha memperluaskan lagi pasaran. Turut difahamkan, MRANTI akan terus menyediakan sokongan dan pemantauan tambahan untuk memulakan proses perkembangan syarikat-syarikat tersebut selepas selesai kedua-dua fasa ini.

Daripada keseluruhan yang mengambil bahagian, sebanyak 15 syarikat startup telah berjaya melayakkan diri ke acara kemuncak , dalam masa sama bersaing memberikan persembahan produk terbaik. Senarai penuh 15 startup tersebut adalah seperti berikut:

  • Cytonex
  • Sonicboom
  • Medika Natura
  • Seashore Networks
  • NexMind
  • Izmir Tech
  • Vstream
  • RABT
  • Orilin
  • SkillSeed
  • Luwjistik
  • ThreeOpp
  • MySmartOH
  • Physiomobile
  • Rootally AI

Up Next